Tuesday, June 27, 2006

kembali padaNya

In de name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

Nafasku terasa sukar hari ni. Aku selesema. It really running my nose. Cukup seksa sebenarnya. So, terpaksa kerap ke tandas untuk menyahkan 'ia'.Namun, aku redha. Apa yang pasti, ada hikmah tersirat dlm ujian sekecil ni. At least, moga dengan izinNya, terampun dosa2 kecilku padaNya.. ;)

Aku sempat belek Berita Harian petang tadi. Ada cerita pasal Datuk K and Siti. Entah lar, tunggu n lihat jela Siti kahwin ngan sape nanti.

Esok, Brazil vs Ghana. Tu pon tau dari paper. Ghana team paling mengejutkan utk season ni ek? Agak2 sape menang ek? Xkesah sape menang pon, lagipun memang xminat bola. ;) Cuma disebabkan World Cup fever ni melanda satu dunia, maka orang yang xminat bola pon boleh amik kesah pasal bola ni ek. Ayah pon minat bola. Agaknya bil elektrik bulan ni naik sikit kot. Tv on sampai pagi..

Agak2 ada x lelaki yg xminat bola? Kalau team pilihan menang pon, bukannya dpt pape. Maybe kepuasan sendiri yg dicari. Ye ke?

Tinggalkan cerita pasal bola. Biarkan mereka. Semasa belek paper td, ada kes pasal AUKU (Akta Universiti n Kolej Universiti). YDP PMIUM pon ada buat ulasan pasal AUKU dlm ruangan surat n emel. Dia persoalkan pelaksanaannya dlm membanteras gejala social yang amatlah meruncing kat IPT. Sebenarnya, kat mana kesedaran mahasiswa ni dlm menjaga tatasusila n batas pergaulan mereka ha?? Kalau tak pon ada rasa bawa nama mahasiswa yg menerima pendidikan tinggi, seharusnya mereka perlu sedar pada dosa bila buat maksiat. Tak takut ke? Ada harapan diletakkan dalam mencipta kejayaan, hati mak bapak perlu dijaga. Mereka ni tahu, tapi tak sedar..

Apa penyelesaiannya? Banyak sgt kes pasal isu ni sebenarnya.. Yg cukup sedihnya ia melibatkan mahasiswa. Pelajar IPT berada di tangga kedua dalam senarai tiga teratas selepas pekeja kilang. Sedih x??

Apa yang pasti, kembalilah pada agama. Jika sahabat mempunyai rakan2 yang dalam proses ke arah kemungkaran, marilah nasihati mereka. Janganlah kita undang kemurkaanNya. Jaga batas2 pergaulan sesama bukan muhrim. Rasanya xperlu la ada budaya coupling semasa belajar ni. Belajar betul2 dulu. Bila dah sampai masa, berbahagialah anda bersama pasangan membina rumah dan tangga.. ;) demi mencari redhaNya semata.

InshaAllah. Wallahu'alam..

Friday, June 23, 2006

lets be humble

Sebuah tazkirah tentang beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong. Aplikasikan ia bersama.. inshaAllah..

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

Thursday, June 22, 2006

today's lesson..


There was a not so heavy rain since afternoon. Musim hujan kebelakangan ni. Hujan rahmat. Turunnya membawa rezki buat hambaNya. Jadi kita xboleh kata xsuka kat hujan. Malaysia memang kaya ngan hujan. Syukur alhamdulillah.

Di sini, sekadar ingin memetik ayat suci Al-Quran buat renungan bersama..

"Dia yang menurunkan air dari langit (awan), kemudian Kami tumbuhkan dengan air itu bermacam-macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau, Kami keluarkan padanya biji-biji yang bersusun-susun; …
Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (keterangan) bagi kaum yang mahu beriman." (Al-An'aam : 99)

Talkin’ about rain, tears also rained down myself recently.. erm.. still in a lil’bit confusing situation rite now.. entah lar.. aku teruskan hidup sampai datangnya mati..

Sejak akhir2 ni, I’d realized something.. My iman turned down.. Iman yang pada asal nipisnya selapisan sel. Lebih nipis lagi dari kulit bawang. Kulit bawang tu pon kira tebal. But, mine?? Senipis lapisan sel haiwan without de cell wall. Bila xmampu menanggung capasity, anytime it would burst. Goyah. Leka dalam dunia sendiri. Aku pasrah ketentuan Dia yang menentukan hala tujuku. Setelah aku sedar yang aku perlu ubah nasib diri sendiri. Tuhan xakan ubah nasib kaum sehingga mereka melakukannya sendiri. Dan akhirnya Dia jua yang menentukan..

Aku rindu pada saat dekat dengan Dia. Dengar azan senang nak nangis. Terbayang Bilal menangis dalam azannya kerna terlalu sedih setelah pemergian Nabi. Nape sekarang ni susah?? Waktu matrik dlu, aku rasa. Mungkin environment waktu tu cukup meransang aku untuk berubah. Maybe dok matrik setahun je, so otak fully concentrated on study. Xkesah benda lain. So, nak ikhlaskan diri betul2 nak dapat ilmu Allah ni, aku sentiasa refer pada Dia. Masjid dekat plak tu. Kadang2 ngan Yati g masjid sama2. Bestnyer dpt berjemaah kat masjid. Kengkadang ajak Nad xpon Oden stay up kat masjid. Ngan air neslo pekat yang sedap tu.. Rindu waktu tu.. Bila Subuh baru balik bilik. Pastu qada plak tido kat bilik..hehe.. :)

Sekarang ni, benda yang lepas hanya tinggal untuk dikenang.. bukan untuk diingat..

Life must go on..

Nak story this morning, I had one trial session @ pre-driving test. Kecuakan tahap maksima. Definitely. Dan akhirnya benda tu dah lepas. So, rite now, prepare physically also mentally to face de test on 3rd of July. Tengok ar camner nanti. InshaAllah.

9th July ni inshaAllah balik Bangi semula. Check-in kat kolej. Sekejap je dah nak naik 2nd year. Umur aku pon dah nak 20 tahun. Banyak ke benda yang aku dah belajar?? Belajar jadi matang dalam menilai erti kehidupan sebenar??

Actually, as age being added as we go older, there's a lot of responsibilities waitin' for u. Cabaran dlm melaksanakan tanggungjawab perlu dihadapi dgn sabar. Moga dgn izinNya inshaAllah, hidup dunia ditempuhi dgn rahmatNya menuju akhirat yang pasti.. Wallahu'alam.

Tuesday, June 13, 2006

my exam's result

Alhamdulillah, setelah sekian lama menahan debaran menanti result semester 2 keluar, hari ni berakhirla sudah. Result telah diketahui dgn selamatnya..

Namun, manusia ni mmg mcm ni, xpernah nk puas dgn apa yg dia dah dpt, temasukla aku. Dah dpt ni, nk lagi yg tu…eyyy…

Apa yg pasti, syukur patut aku panjatkan pd Dia. Nilah yg sepatutnya aku dapat.
Berbaloi dgn apa yg aku usahakan. Aku usaha sikit, tak kan dapat byk kot..

CGPA thiz sem nyer naik skit dr sem lepas. Target subject xkena. Yg tak target ada yg terkena. Mungkin agaknya ramai yg setuju kalau kata subjek General Genetics tu naik graf, coz time exam ari2 de questions not really tough macam Asas Biologi Molekul tu.. So, tak heranlah ramai yg target A, dpt B+..

Titas plak, mmg aku susah nk dpt A sama mcm Tamadun last sem. Nak kata xminat, minat la jugak. Maybe xdpt menguasai dgn sepenuhnya subjek ni, sbb dia ala-ala sejarah. Dlu dr form 4 till form 5 xpenah dpt A for History. Selalunya dpt C, kalau nasib baik dpt B. Tapi alhamdulillah, Allah bagi gak aku merasa A2 time SPM.Kengkdg pelik gak, camne orang leh terer dalam sejarah ni.. Sure their memories tough kan.

Alhamdulillah, Kimia Am II, Speech Com n u3 kali ni mmg membantu. Amali Kimia
aku target xkena maybe report aku dlu xbrape excellent.. Lagipon, subjek ni mmg fully orientated in lab je ngan wat report, xde exam.

Di kesempatan ini, congratz pd kengkawan yg success.. Moga hasrat nak baiki pointer semester depan sama2 kte wat. Strive for the 1st class degree ya! Ada 2 tahun lagi untuk struggle. Harap2 aku xmudah leka.. ko mohon pdMu..

Monday, June 12, 2006

cuaknyer..

Today is Sunday. Aku melaluinya seperti hari-hari sebelum ni. Cuma petang tadi kami sefamily together except Farid pegi hantar Fuad balik asrama kat S.Teknik Bukit Piatu. Cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Farid xde coz dia lom abis exam. Lusa, inshaAllah gi Port Dickson plak jemput si Farid balik umah. Dia da nak abis semester ni.

Sepanjang perjalanan, hujan turun rintik2. Sampai kat sekolah Fuad, kebetulan jumpa kawan lama ayah, diorang pon bersembang. Anak kawan ayah pon satu sekolah ngan Fuad.

Sebelum balik, macam biasa my parents bagi nasihat kat Fuad suruh dia rajin belajar. Dia nak SPM tahun ni. Dulu time aku dok asrama pon gitu gak. Cuma aku ni homesick sket :) Agaknya sebab perempuan ni sensitive sikit kot. Bila ingat, kelakar ek masa dlu. Siap penah ‘fly’ lagi balik umah. Tapi mujurla gak xpenah kantoi..

Tadi emak kata kat Fuad suruh dia struggle betul2 untuk SPM. Macam perah kain. Perah habis2. Aku pon harap dia buat betul2. Jangan la dia banyak main. Exactly, SPM memang mempengaruhi masa depan kita. Lagipon, ni lah peperiksaan umum terakhir selepas UPSR n PMR. Melainkan certain people yg deciding to perform in STPM.

Tomorrow, my exam’s result will come out. Uuh..nervousnyerr.. Xsabar nak tau tapi takut plak nak tau. Macamane la agaknya ek? Anything happen, I tawakkal je to Him. Buruk baik Dia yang bagi. Xsabar nyer nak tunggu esok…

Saturday, June 03, 2006

iktibar buat kita

Assalamu'aleikum warahmatullah.

Peace be upon you and the mercy of Allah and His blessings..

Hari ini genaplah seminggu berlalunya peristiwa gempa bumi yang melanda saudara-saudara kita di Yogyakarta. Gempa berukuran 6.2 pada skala Richter yang berlaku kira-kira jam 5.54 pagi, 27 Mei lalu telah mengorbankan lebih 6000 nyawa. Seharusnya peristiwa ini menjadi iktibar buat kita semua.

Walaupun kita di Malaysia tidak merasai betapa perihnya penderitaan yang ditanggung saudara-saudara kita di sana, namun kita sebagai hambaNya yang berusaha menanamkan sifat taqwa dalam diri seharusnya menyedari hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi ini. Pasti rentetan peristiwa tsunami yang berlaku dahulu diingat kembali, kan. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kesedaran kita dengan peringatan-peringatan yang diturunkanNya.

"Katakanlah : Perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi. Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman." (Yunus : 101)

Buat saudara-saudara di Yogyakarta, semoga kalian tabah dan sabar dalam menempuhi ujianNya. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di sana. InshaAllah, Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar.

Buat sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama membantu mereka. Jika tidak dengan tenaga keringat, sedikit sumbangan berbentuk material boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit. Namun, jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dalam keadaan tenang menghadapi hari-hari mendatang bagi meneruskan kelangsungan hidup. Moga Allah mengurniakan rahmatNya buat kita semua. Ameen..

Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi keburukan seorang muslim Allah akan menutupi keburukannya pada hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)