Wednesday, November 21, 2007

exam da abes..

Akhirnya, sampai juga saat itu. Kertas soalan untuk kelima-lima subjek daripada jumlah keseluruhan tujuh subjek yang kuambil pada semester ini telah ku hadapi dengan selamatnya, walaupun boleh dikatakan hampir semuanya dengan soalan yang susah belaka. Keputusannya? Tunggu dan lihat saja.. Walaupun usahaku tak sesungguh mana, namun setelah segalanya selesai, tawakaltu a’laAllah.. Harapan tidak diletakkan di mana2, cuma pada kasih sayang Tuhan agar sudi mengurniakan sesuatu yang baik buat diriku.

Aku punya masa terluang yang banyak sekarang. Terasa bosan bertapa di dalam bilik. Lebih baik rasanya masuk makmal. Ekstrak RNA perlu dilakukan lagi. Walaupun dah nak masuk kali ke-5. Tertekan sebenarnya. Dr. Zamri suruh cuba sampai berjaya.. Berita gembira tadi !! Dr. Zamri dah benarkan guna kit ! Tak perlu cara manual lagi..

Jumaat ini aku pulang sekejap ke rumah, bersama dengan ayah. Minggu depan pulang semula ke sini. Sebab nak masuk makmal. Walaupun risau tak tahu nak stay di mana. Mungkin tinggal sementara di rumah sewa ayah, dan kebetulan emak dan adik2 pun nak ikut datang ke sini. Tahniah buat Fadhil sebab berjaya dapat 5A. Musim cuti sekolah dah pun bermula, maka mereka ambil kesempatan datang ke mari. Fuad pun ada sekali sebab dia pun cuti panjang sebulan lebih. Cuma Farid yang tak ada sebab dia kena kerja..

Perjalanan hidup seharianku masih seperti biasa. Cuma kadangkala timbul kepayahan dalam diri. Aku tahu pasti ada hikmah dengan perasaan ini. Namun aku tetap cuba untuk meletakkan segalanya pada tempat yang sepatutnya. Moga Dia beri kekuatan itu.. Terasa pada saat ini kalau boleh aku ingin sangat menyatakan kemaafan pada semua orang.. Sebab aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan..

Monday, May 21, 2007

cerita hari ini

Dengan nama ALLAH yang diriku di tangan-Nya, aku menutur kata menurut kata hati dengan batasan yang telah ditetapkan yang sedayanya cubaku ikuti, demi memelihara diriku dengan prinsip itu.

Aku lebih suka menulis hanya apabila terasa ingin berbuat demikian. Membicarakan sesuatu dengan kata-kataku tanpa melibatkan pihak lain. Lebih telus. Salah satu caraku merungkai apa-apa yang bersarang dalam jiwa. Selain itu, aku pilih untuk berfikir. Berfikir tentang hidup. Dan alangkah baiknya jika aku menjadi hamba yang cukup merendah diri. Menerima segalanya seadanya tanpa soal, malah terus-menerus bersyukur. Namun aku tahu. Aku masih lemah daripada banyak segi. Moga ada pembimbing yang baik untuk memimpinku kearah-Mu. Jika diizin Allah..

Hidup dunia memang di luar jangkaan. Sebab ada kuasa agung yang menetapkan. Masa menentukan, bersama dengan keadaan. Jika sesuatu itu telah ditakdir bukan menjadi hak hakiki, maka aku tak boleh mengharap pada yang bukan milik diri. Ada sebab yang pasti. Ada sesuatu yang lebih baik dari itu. Sebab aku perlu belajar untuk menjadi redha. Dan juga menjadi sabar.

Kadang-kadang timbul persoalan. Apakah aku belum cukup mengerti dengan tujuan aku dihidupkan di sini. Ingat kembali sirah Adam dan Hawa. Menilai kembali kesalahan untuk membersihkan jiwa.

Aku bertemu dengan ramai kawan. Memang sejak daripada kecil aku mengikut keluarga berpindah-randah. Seronoknya dapat pengalaman merantau bukan di tempat sendiri. Sebab dapat jumpa ramai orang. Aku rindu pada kawan-kawan. Masih ada di antara mereka yang berhubungan denganku sampai waktu ini. Lama tak jumpa Christina. Juga yang lain-lain. Ramai yang pandai-pandai. Macam Rahmah, Syahir, Aqilah, Nazrul. Berguna betul mereka belajar bahasa jepun dulu. Tapi Syahir rasanya ambil bahasa arab. Aku pun ambil bahasa arab. Tapi sayangnya dah lama aku tinggalkan daripada terus mempelajarinya. Dengan Afif pun kebetulan aku berYM dengannya semasa pulang ke rumah hari itu. Tak sangka dia pun sedang belajar bidang yang lebih kurang sama denganku, tapi lain sedikit.

Banyak betul kenangan selama aku hidup 20 tahun lebih ni. Yang paling ku ingati detik-detik merasai pengalaman duduk di asrama buat pertama kali di sebuah sekolah di Kem Terendak, Melaka. Paling kelakar pada satu waktu tu, aku dan Huda menangis bersama-sama sebab rindukan keluarga kami di Labuan. Akhirnya, sehingga pada suatu hari ayahku datang melawat ketika dia ada tugasan di Kuala Lumpur. Ayah lihat mukaku nampak cengkung. Selepas itu, ayah pulang mengkhabarkan perihalku pada emak. Dan disebabkan tidak mahu lagi aku membazir duit syiling sekurang-kurangnya 3 ringgit setiap hari menelefon dari Melaka ke Labuan (waktu itu masih lagi guna telefon awam) di samping merengek mahu tukar sekolah, akhirnya ayah menyuruh ibu saudaraku menguruskan hal-hal tukar sekolah. Huda pula ? Kukira dia cukup kental kerana mampu bertahan sehingga tingkatan tiga dan disebabkan akademiknya baik, dia dapat tukar ke MRSM Taiping. Dan sekarang, dia sedang belajar di UTP. Huda memang pandai.

Itu hal waktu dulu. Dan waktu sekarang, aku masih di sini melaksanakan tanggungjawab. Padaku, dengan mengingati kisah lama, aku boleh menilai. Menilai yang baik dan buruk supaya aku jadi lebih dewasa untuk mengerti kehidupan. Sehingga detik ini, aku sudah banyak membazir waktu untuk banyak perkara yang akhirnya menyebabkan kesedihan hati, disebabkan aku tidak menggunakan nikmat masa yang ada untuk tujuan yang boleh membawa kepada kebaikan, buat diri dan juga orang lain.

Dan kebetulan, malam tadi adik Aini menghantar mesej kepadaku, setelah sekian lama tak tahu khabar dia. Katanya, handset nya hilang. Semua contact pon hilang. Entah macam mana selak buku apa, terjumpa nomborku semula. Kataku, jodohku dengan dia kuat. Allah izinkan lagi kami berhubungan. Aini rindu akak, akak pun rindu Aini. Harapnya Aini pilih untuk sambung belajar di Polytech Mara Bangi yang surat tawarannya sudah pun datang, sebab nanti kita boleh jumpa lagi di situ.

K6F107

Monday, March 05, 2007

aku menulis

Satu

At last, mid term exam for two subjects had passed already. But my condition just now -??- not feeling so good at all.. coz I cant perform the best answer for all the questions.. waa.. isk..isk..

A lot of trouble come happen to me.. either I really realize or not about the effect.. I don’t know.. but my focus to study a little bit affected.. really.. and I have to handle it over by myself, only..

40 percent for Biochemistry mana nak cekup.. memang tricky punyer soalan Dr. Othman bagi.. lipid pun seriously not all were covered. And at the end of the day, jawab ikut logik je la…..

Dua

Malam tadi ikut Kak Nile g usrah. Nama tempat tu tak pasti plak. Fasa 3 Taman Cheras Jaya kot. Individual session only for me, but accompanied by Kak Nile. Becoz the session was conducted by Ustaz Ikhwan n moderated by Ustaz Salehudin. So, tak boleh la sorg2 je. Nervous rasanya, a lot of questions being asked n banyak juga yg aku dah lupa.. But, I got something that really important to know.. kefahaman sebenar tentang Al-Quran. Petunjuk + Bukti + Beza = lengkapnya Al-Quran sebagai tali yang mengikat hambaNya kepada Allah..

Malam ni, session As-Sunnah plak.. Kak Nile teman lg..

Tiga

Best dapat timba pengalaman dalam Kursus Asas Pendek Cendawan Tiram Kelabu.. Kak Nile yang handle. Ni pun last minute nyer plan nk join together, skali ngan Qila plak tu. Coincidently that night singgah FESSAT KTHO, makan jap jumpa Qila skali. Kak Nile offer nak jempaut ktorg dr kolej, so it is not a big deal for me n Qla ( I hope so) to take part. Dapat la ilmu sket cara nak tanam cendawan, buat media untuk cendawan.. Selain dari tanam kacang buncis, ktorg pandai tanam cendawan gak :)) untuk kaedah komersial lg, ble dapat untung..

Empat

Petang ni, Kak Nadiah kata nak jemput ktorg g rumah tumbuhan.. siram Si Bun (dan Si Cis).. Semalam Zai yg g cerap.. after klas koK masjid.. kelmarin aku n Qla yg g..

This nite, plan nak stay up jap.. nak cari homework Dr. Normah bg.. mana tau, esok tiba2 nama kena panggil.. harap2 xla kena..

Lima

Take notice : I have to handle my problems.. alone.. susah bila sesuatu ni melibatkan sesuatu tu.. ‘better late than never’.. ??.. apa kena mengenanya ??

Sunday, February 11, 2007

jumpa lagi..

In the name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful..

Dah lama aku tak menulis. Rindu sangat2 pada blog ni. Banyak kisah beerti yang aku lalui sepanjang peninggalan tanpa jengukan ke sini. Setiap satunya memberi makna tersendiri buat diri untuk meneruskan sisa kehidupan yang bakal tiba penghujungnya suatu hari nanti, cuma tak tahu bila..

Cuti semester lepas, Johor dilanda banjir besar. Muar turut terkena limpahannya. Dan kawasan rumah keluargaku yang berdekatan dengan sungai tak dapat menghalang limpahan air yang datang. Kami dipilih Allah untuk menerima ujian ini. Dan sememangnya ia benar2 menguji kesabaran dalam diri kami. Aku turut bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan melaluinya. Dan terima kasih ya Allah, engkau beri kekuatan yang sama pada ahli keluargaku yang lain khususnya mak dan ayah, namun aku tahu mereka cukup kuat. Dalam setiap sesuatu, ada harga yang perlu dibayar.

Dalam ujian, tetap ada nikmat kurniaanNya. Alhamdulillah, ini hadiah buat mak dan ayah. Dan aku perlu berusaha lagi untuk dapat yang lebih baik. Akan aku terus tanamkan niat untuk mencari ilmu hanya keranaNya.

Semester 2 sesi 2006/2007 dah lepas minggu ke 5. Sekejap je masa berlalu. Minggu depan pun dah mula mid sem exam. Minggu depan inshaAllah aku pulang ke rumah. Rindu pada rumah. Masa cuti lepas, sempat 3 malam je tidur kat rumah lepas banjir dah surut. Teruja rasanya nak berbicara dengan adik bongsuku, Fauzi tentang sesi persekolahan barunya pada usia 5 tahun.

Sampai sini dulu coretan kali ini. Aku perlu menelaah sebab banyak je topik yang blur lg. Ingatkan diriku setiap masa supaya tidak mudah leka, ya Allah... Esok pun rancangnya nak keluar dengan Qla. Pae n Pkah pun suruh carikan Kaspersky Antivirus. InshaAllah kte carikan untuk korang sampai jumpa key ;)