Sunday, May 28, 2006

solat itu tiang agama


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Dengan nama Allah saya mula bicara, moga dengan izinNya diberi idea menyusun kata.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi keranaNya.

Sudahkah sahabat menunaikan kewajipan solat pada waktu ini?

Jika belum mari kita solat dahulu.

Moga dengan post ini, saya berusaha berubah menjadi hambaNya yang lebih serius dalam beragama. Mudah2an apa yang ditulis mampu dipraktikkan oleh diriku, juga buat sahabat2.
Ya Allah, janganlah Kau bolak-balik hatiku setelah Kau beri hidayah itu..

Menyorot kembali sirah Rasulullah, sewaktu Isra’ dan Mikraj baginda diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa azab seksa bagi mereka yang melanggar perintah serta larangan Allah. Dan salah satunya buat mereka yang lalai dalam mengerjakan solat. Kepala mereka dihantuk sehingga terburai otak dan kemudian pulih semula dan kemudian dihantuk tanpa kesudahan. Mengerikan bukan? Cuba bayangkan ada orang accident and then kepala pecah dengan otak terburai, kita pun tak sanggup nak tengok kan? Tak pasal2 collapse kat situ gak. :)

Situasi ini sememangnya diperjelaskan oleh Allah melalui firmanNya;

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya." (Al-Ma'un : 4-5)

Tahu tak lalai menyempurnakan solat tu macam mana? Mereka masih bersolat, namun keutamaan menyempurnakan solat untuk memperoleh keredhaanNya tidak dipraktikkan. Mungkin diri tak ikhlas melakukannya. Dan tidak menyedari dengan sebenarnya bahawa solat itu merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

Solat kan tiang agama. Malah, amalan yang mula2 di check list kat akhirat nanti pun adalah solat kita. Jika solat kita baik, insyaAllah yang lain pun akan turut sama2 baik. Kerana solat mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Menyentuh pula tentang kualiti solat. Jangan ada unsur2 riak dalam melakukannya untuk memperlihatkan amalan kepada orang lain. Means beribadah bukan kerana Lillahi Taala.

Then, solat pada awal waktu. Maksudnya, tidak melewat2kan solat sehingga ke akhir waktu. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam 10 wasiatnya juga menyentuh tentang pelaksanaan solat di awal waktu. Jika mendengar azan menandakan masuknya waktu solat, berusahalah untuk meninggalkan pekerjaan yang sedang dilakukan buat sementara untuk menyahut seruan Ilahi.

"...Sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang mukmin pada waktunya." (An-Nisa' : 103)

Kita tak tahu bila kita mati kan. Jadi, seandainya ajal mendatangi, kita terlepas daripada dosa meninggalkan solat pada waktu itu.

Solat amat penting dalam agama dan sekali2 tak boleh diabaikan, hatta ketika dalam perjalanan, peperangan even waktu kita sakit, solat tetap menjadi kewajipan yang mesti dilaksanakan. Hikmahnya? Supaya kita senantiasa mengingatiNya tak kira waktu dan ketika, maka dengan itu kita akan takut melakukan maksiat. Nampak kan?

"Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)." (Al-Baqarah :152)

Maka dengan itu sahabat2, marilah kita menanamkan azam memperbaiki mutu solat kita kepadaNya. Tanamkan sifat ikhlas dalam diri kita dalam melakukan ibadah kepada Allah.

"Sesungguhnya Kami turunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya, maka sembahlah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya (jangan dipersekutukan dengan yang lainnya)." (Az-Zumar : 2)

Moga dengan keikhlasan dalam beribadah, diharapkan redhaNya sentiasa bersama kita.

Serta terhindar daripada godaan syaitan yang membawa cucu-cicit Adam ke neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

1 comment:

Hafiz said...

Salam.
Artikel yg bermanfaat. Minta kebenaran utk di sebarkan.