Tuesday, December 05, 2006

indahnya..


Saya mula bicara dengan namaNya.

Petang tadi cuaca baik dengan langit yang cerah. Saya berkesempatan ambil angin petang bersama adik2; Fadhil, Fahmi dan Fadhli beserta sepupu kami, Amirul. Memang terasa kedamaian petang itu tatkala menghirup udara segar yang datang dari kawasan sawah padi yang kelihatan jarang2 warna hijaunya. Musim menuai telah pun lepas. Jadi, sampai giliran untuk benih disemai pula kali ini. Sayang tak berkesempatan melihat ketundukan padi semasa ia belum dituai (teringat pepatah ikut resmi padi makin berisi makin tunduk).

Kali ni terasa seronok duduk di kawasan kampung. Memandangkan jarak yang tidaklah berapa jauh di antara kawasan sawah dengan rumah kami, maka senanglah saya menaiki motosikal manakala adik2 menunggang basikal. Cukuplah walau hanya dengan melihat petak2 sawah milik orang lain. Dulu atok ada sebidang, tapi sekarang tidak lagi. Sawah tu dah lama dijual. Kalau ikut cerita emak waktu kecil2nya dulu, emak selalu ke sawah menolong atok. Kiranya selain drpd menorah getah, atok juga mengerjakan sawah. Namun, sejak lebih 5 tahun lepas pokok kelapa sawit mengganti tempat pokok getah yang ada di belakang rumah. Lagipun sekarang atok tak lagi sekuat dulu.

Kami juga ke empangan besar. Tempat punca air utama untuk sistem pengairan keseluruhan sawah. Paras airnya 12 kaki. Gerun melihat arus air yang mengalir laju melalui empang. Bahaya kawasan ni. Kalau tak berhati2 takut tersilap langkah boleh jatuh ke dalamnya.

Kami tak lama di situ. Harus pulang sebelum waktu Maghrib. Tanah merah dilalui semula sepanjang perjalanan. Memang cantik pemandangan petang bersama berlatarkan Gunung Ledang yang tak berapa jauh dari situ. Bias2 cahaya dari matahari yang ingin terbenam sempat ditatap. Gantinya muncul pula bulan di awal waktu senja. Memang begitu setiap ciptaan Tuhan. Setiapnya berpasang2an seperti juga malam berpasangan dengan siang.

Saya rancang nak ke situ lagi lain kali. Penyaksian terhadap kebesaran kuasa Tuhan dengan indahnya alam tercipta..

No comments: