Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, juga buat sahabat2 dan kaum keluarga Baginda serta seluruhnya..
gambar hiasan ~hijau yang menenangkan jiwaku~
Saya mula bicara dengan lafaz yang mulia, setelah hampir satu tahun laman ini tiada sebarang coretan. Walaupun terasa kekok memulakan kata, namun hasrat yang tertanam ingin saya cuba cambahkan semula seadanya. Selepas melewati blog sahabat2, suka untuk saya berkongsi tulisan bersama. Mungkin juga terpanggil untuk mengikut jejak sahabat lama, Habibah dengan homecomingnya, bak kata Bibah, “carila feeling itu dalam hatimu awe..” hehe..
Setelah beberapa ketika melalui rentetan fasa dalam kehidupan, saya terus belajar untuk mengerti nilainya sehingga saat ini, yang mana ia menjadikan diri saya lebih dewasa dan matang dengan hakikat di sebalik maknanya. Dan saya percaya, setiap daripada kita melalui perkara yang sama.
Saya semakin belajar untuk mengenal erti tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai anak kepada mak dan ayah, pekerja yang menjalankan amanah kerajaan (saya yang menurut perintah, bukan hamba yang menjunjung titah walaupun di sampul suratnya urusan seri paduka baginda.. hehe) dan yang paling utama adalah tanggungjawab menjadi hambaNya yang perlu untuk sentiasa mengharapkan redhaNya dalam setiap segala sesuatu. Dan sehingga saat ini, saya masih belajar untuk menjalankan tanggungjawab2 ini inshaAllah..
Tiada ilham untuk menulis lebih panjang lagi buat masa kini. Cukuplah sekadar memulakan satu langkah baru di sini mudah2an.. ;)
“Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati”
La Tahzan (Don’t Be Sad) Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Ampun oleh NICE (Lagu/Lirik: Hazami)
Saat kehilangan
Harapan dan keupayaan
Berperang di hati mencari harga diri ini
Di mana kekuatan terlantar kehampaan
Dan kini sendiri alami
Kesakitan yang tak terperi
Cari ketenangan hilang
Oh di mana... Terasa...
Inginku kembali kepada masa yang silam
Menebus dosa kemungkaran
Kerna kealpaan kumohon
Keampunan.. Oh Tuhanku sujud padaMu
Kini hanya pada
Kau kumampu untuk berserah
No comments:
Post a Comment