Monday, April 13, 2009

Berkhidmat untuk Negara

Malaysiaku tercinta kini mempunyai Perdana Menteri yang baru. Sekaligus tampuk pemerintahan yang baru ini membariskan kabinet yang diterajui oleh ramai muka-muka baru serta kewujudan kementerian baru dan yang ber'nama baru'. YAB PM ke-6 bakal mewujudkan transformasi hasil pemikiran mudanya dalam menerajui kerajaan dengan 1Malaysianya.

Cerita di MoA pula. YB Tok Pa yang hanya sempat bersama pegawai2 kerajaan di Wisma Tani selama lebih kurang satu tahun sahaja kini bertukar portfolionya ke MITI, dan bakal meneruskan agenda terdahulu yang dirancang oleh YAB Timb PM ke-6 di MITI. Seperti menjadi legacy pula menteri di MoA pasti ke MITI. Apa2pun, portfolio di MoA kini di bawah kuasa YB Datuk NO yang sebelum ini di MecD yang kini hilang sudah tiada berganti. Kasihan pegawai2 dan staf2 di sana terpaksa bubar dan berpisah mengikut dua haluan masing-masing samada di MITI atau di KKLW, lagaknya seperti anak-anak mengikut saja ibu atau bapa yang berpisah..



Urusan pentadbiran negara bukan kerja mudah dan bukan urusan main-main. Saya juga dapat bayangkan kerja menteri yang bertukar portfolio bukan senang. Mereka perlu faham segala isu yang ingin diambilalih walaupun mereka bukan expertist dalam bidang berkaitan. Dan pastinya tugas ini sangat memerlukan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan yang sentiasa setia dengan kerajaan yang memerintah, sama ada kerajaan itu berwarna merah, biru ataupun hijau, kerana mereka bersifat neutral atau tidak bias :-p

Pagi tadi saya tidak berkesempatan untuk join ofismet yang lain mendengar amanat terakhir YB Tok Pa di Wisma Tani dalam ucapan perpisahannya kerana bergegas ke FAMA bagi menghadiri mesyuarat Terminal Makanan Negara. Dan untuk kali yang keberapa saya pun tak sure, sering diperasan oleh sesetengah daripada mereka yang hadir tentang saya adalah staf baru. “baru ye?”.. hurm aah je la. Mungkin disebabkan obvious sangat kot yang muka saya ni awet muda berbanding mereka yang ada hehe. Somehow, tak semena2 sebelum mesyuarat ditamatkan, seorang pegawai KPKT bertitle Dato’ telah mengutarakan pendapatnya, “sorry to say, saya kira sepatutnya bahagian yang lain mewakilkan pegawai yang boleh memberi idea bernas dan boleh membuat keputusan, instead of hantar pegawai baru @ junior” (lebih kurang macam tu la ayatnya).. erm.. macam nampak sangat terkena kat saya walaupun ada je yang lain macam bukan pegawai senior pun, sebab awal2 tadi Tuan Pengerusi ada menyebut dengan mic nyer kepada saya yang didengar oleh semua yang ada “baru ye?”.. apa nak buat, saya hanya menurut perintah.. berkhidmat demi negara.. (walaupun rsaa pasni dah xmau g mane2 meeting dah..)

jutaan terima kasih kepada yang lama.. selamat datang dan tahniah kepada yang baru..

Tuesday, April 07, 2009

AsSalam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, juga buat sahabat2 dan kaum keluarga Baginda serta seluruhnya..

gambar hiasan ~hijau yang menenangkan jiwaku~

Saya mula bicara dengan lafaz yang mulia, setelah hampir satu tahun laman ini tiada sebarang coretan. Walaupun terasa kekok memulakan kata, namun hasrat yang tertanam ingin saya cuba cambahkan semula seadanya. Selepas melewati blog sahabat2, suka untuk saya berkongsi tulisan bersama. Mungkin juga terpanggil untuk mengikut jejak sahabat lama, Habibah dengan homecomingnya, bak kata Bibah, “carila feeling itu dalam hatimu awe..” hehe..

Setelah beberapa ketika melalui rentetan fasa dalam kehidupan, saya terus belajar untuk mengerti nilainya sehingga saat ini, yang mana ia menjadikan diri saya lebih dewasa dan matang dengan hakikat di sebalik maknanya. Dan saya percaya, setiap daripada kita melalui perkara yang sama.

Saya semakin belajar untuk mengenal erti tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai anak kepada mak dan ayah, pekerja yang menjalankan amanah kerajaan (saya yang menurut perintah, bukan hamba yang menjunjung titah walaupun di sampul suratnya urusan seri paduka baginda.. hehe) dan yang paling utama adalah tanggungjawab menjadi hambaNya yang perlu untuk sentiasa mengharapkan redhaNya dalam setiap segala sesuatu. Dan sehingga saat ini, saya masih belajar untuk menjalankan tanggungjawab2 ini inshaAllah..

Tiada ilham untuk menulis lebih panjang lagi buat masa kini. Cukuplah sekadar memulakan satu langkah baru di sini mudah2an.. ;)


“Jalanilah hidupmu apa adanya dengan rela dan senang hati”

La Tahzan (Don’t Be Sad) Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni



Ampun oleh NICE (Lagu/Lirik: Hazami)

Saat kehilangan

Harapan dan keupayaan

Berperang di hati mencari harga diri ini

Di mana kekuatan terlantar kehampaan

Dan kini sendiri alami

Kesakitan yang tak terperi

Cari ketenangan hilang

Oh di mana... Terasa...

Inginku kembali kepada masa yang silam

Menebus dosa kemungkaran

Kerna kealpaan kumohon

Keampunan.. Oh Tuhanku sujud padaMu

Kini hanya pada

Kau kumampu untuk berserah