Sunday, September 10, 2006

perkahwinan termahal?

PERKAHWINAN TERMAHAL: Roslan dan Puteri Shahanaz
bersama gubahan wang hantaran selepas majlis
akad nikah di rumah pengantin perempuan
di Lorong Tok Sira 3, Kuantan,
Pahang, malan tadi.


antum baca paper semalam? baca balik ni..

KUANTAN: Wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22 yang diterima bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan sempena majlis perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim, malam tadi, mungkin yang tertinggi di negara ini.

Selain itu, Puteri Shahanaz Hazlin, 24, menerima 22 hantaran termasuk BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

Gubahan hantaran RM444,444.44 dan barang hantaran itu dibawa dari Kuala Lumpur dengan kawalan keselamatan.

*petikan dari Berita Harian

wah..bertuahnya badan! i2la rezki kahwin dengan jutawan ;>
even jarak umur yang sangatla jauh, asalkan poket berisi, hati pon senang ;)
hati senang? confirm??
wallahu'alam.
kadang2, risau dengan harta melambak, hati xbisa mendamba ketenangan hakiki.. setuju?

eh, ana lari topik ni.. -??-
semoga berbahagia buat antum.
moga ana jua dipertemukan dengan seorang jutawan ;> hehe..
xdela.. seharusnya ana mohon moga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing ana bersamanya menuju redha Ilahi.. Ameen..

*Sekadar renungan buat ana dan anda* (tiada bersabit dgn sesiapa)
Sabda Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (hari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)



2 comments:

syila said...

cinta itu buta bila ditaburi harta..

heliconia hawa said...

betul2 syila..cinta sejati xpentingkan harta kan..moga syila beroleh cinta sejati juga..