Saturday, September 23, 2006

Kisah Has & Qila & Infeksi Bakteria

Lamanya kte tak posting kat sini.. Rindulah jugak. Nape tak posting? Sebab tak ada cerita nak tulis. Lagi? malas la nak g cc selalu.. Syukurla if Keris Mas ni ada internet connection macam kat kolej Qila n Ju tu. Tapi, saat tu belum sampai lagi.. Bile la? Entah.. Jadi, kte buat draft dlu, then publish later..

Rite now..kte dok sorang2 kt bilek.. Memang bilek flatlet. Sebenarnya, blom siap pon keje masuk data lab fisio td. Jap lagi sambung. Sambung kira2 purata berat basah, berat segah n berat kering cakera2 daun kacang panjang n daun jagung. Jap lg kte sambung ek.

Kte nak citer something la. Kisah Qila n Has. Kisah Has n Qila. Diorang ni kosmet kte. Biasa la, pompuan kan sensitif sikit kan. Has nak bergurau dengan Qila.. tp Qila sensitif dengan gurauan Has tu.. Kte n Ju pon terkejut. Qila nangis! But then, Has pon nangis! ;((
Nape ni korang?? Sebelum ni, Has n Qila selalu main gurau2.. Cuma gurauan kali ni telah menimbulkan kesedihan…tanpa disangka..

Tapi, pastu, Qila n Has dah baik2 balik.. Lagipon waktu situasi tu berlaku, kira2 10 minit lagi lab anatomi nak mula.. Sebelum turun bukit dari kolej Ju ke fakulti, kte singgah beli air tin 100 Plus utk hilangkan dahaga..

Pastu siang td ada election. Kte pangkah sape? Mana boleh tau. Undi anda adalah rahsia…hehe..Mujurla tak ramai orang mengundi waktu tu.. tak payah berbaris. Last year kena baris panjang sgt..

Pastu, td ada lab gen.mikrob. Kte ngan Has buat part infeksi bacteria ngan faj λ. Nak tau tak? Salah buat pencairan tu.. Kte tak dengar pon Dr. Munir kata dalam tiub tu cuma 50 uL.. So assume je 100.. Lab assistant yg nama Sam tu yang tegur.. So, we have to repeat the procedure from the beginning once again………..

Tp, klu bukan ktorang yg sedar tersalah buat, group lain yg tersalah buat pon xsedar kesalahan diorang tau.. Tp, Dr. Munir tegur la, "u all ni da 2nd year, bukan budak skola lg"..

Erm, kte tak suka la keje dalam lab nnt.. Indoor environment.. Jom Qila, buat ladang kat Bukit Gambir tu.. Dewan Serbaguna tu kte robohkan tau ;))hehe.. kte tanam strawberi..cecah coklat (then bg kat Siti n Datuk K).. Ju nk bt ladang anggur kan??


Sunday, September 10, 2006

perkahwinan termahal?

PERKAHWINAN TERMAHAL: Roslan dan Puteri Shahanaz
bersama gubahan wang hantaran selepas majlis
akad nikah di rumah pengantin perempuan
di Lorong Tok Sira 3, Kuantan,
Pahang, malan tadi.


antum baca paper semalam? baca balik ni..

KUANTAN: Wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22 yang diterima bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan sempena majlis perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim, malam tadi, mungkin yang tertinggi di negara ini.

Selain itu, Puteri Shahanaz Hazlin, 24, menerima 22 hantaran termasuk BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

Gubahan hantaran RM444,444.44 dan barang hantaran itu dibawa dari Kuala Lumpur dengan kawalan keselamatan.

*petikan dari Berita Harian

wah..bertuahnya badan! i2la rezki kahwin dengan jutawan ;>
even jarak umur yang sangatla jauh, asalkan poket berisi, hati pon senang ;)
hati senang? confirm??
wallahu'alam.
kadang2, risau dengan harta melambak, hati xbisa mendamba ketenangan hakiki.. setuju?

eh, ana lari topik ni.. -??-
semoga berbahagia buat antum.
moga ana jua dipertemukan dengan seorang jutawan ;> hehe..
xdela.. seharusnya ana mohon moga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing ana bersamanya menuju redha Ilahi.. Ameen..

*Sekadar renungan buat ana dan anda* (tiada bersabit dgn sesiapa)
Sabda Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (hari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)