Friday, June 23, 2006

lets be humble

Sebuah tazkirah tentang beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong. Aplikasikan ia bersama.. inshaAllah..

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum Hawa...sukanya dapat baca blog kau ni..harap2 aku dapat selalu baca tazkirah dr blog kau at least sminggu skali..sekurang2nya hati aku xtimbul satu titik hitam & insyaALLAH kau akan dpt ganjaran drp ALLAH swt-liana-

heliconia hawa said...

Thanks liana..
at least dapat kita jumpa gak even dalam blog je.
slalo la lawat hawa kat cni..