Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Tuesday, June 02, 2009

Akar, Cabang dan Buah


"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat dan mendapat pelajaran." (Surah Ibrahim ayat 24-25)


Akar --> Cabang ---> Buah = Aqidah --> Ibadah --> Akhlaq

Wednesday, May 27, 2009

Kita Akan Lebih Banyak Menerima Jika Kita Memberi Bukan Untuk Menerima!

Satu

Sebuah buku yang covernya kehijauan itu terus langsung menarik perhatian saya sewaktu mula-mula masuk ke MPH Alamanda. Saya lihat tajuknya. Oh, mungkin tak berapa sesuai untuk saya baca. Saya lihat sinopsisnya. Saya selak sekali imbas beberapa helaian. Nampak macam menarik juga dengan anekdot-anekdot penceritaan yang tidak terlalu wordy. Akhirnya, saya beli juga buku hasil tulisan Ustaz Pahrol Md. Juoi yang terkenal dengan lirik-lirik nasyidnya itu, dengan sokongan dari ofismet walaupun ongkos di purse agak kering di hujung-hujung bulan :D


Saya berusaha menghabiskan pembacaannya dalam masa sehari Sabtu. Dan ternyata ia sangat bagus untuk dibaca oleh sesiapa saja, tanpa melibatkan gender exception. Penceritaan yang beliau garapkan hasil pengalamannya mungkin sebahagiannya telah terjadi kepada saya, dan mungkin sebahagian yang lain akan terjadi kepada saya, yang mana setiap satunya mempunyai nilai atau mesej dari Tuhan buat kita yang mahu memikirkannya.

Dalam banyak-banyak penceritaan nota yang beliau sampaikan, satu nilai yang sangat terkesan di hati saya adalah kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima! Benarlah kata pepatah, ‘tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima’..

Dua

Kebaikan perlu dilakukan dengan niat dan hati yang ikhlas, dengan harapan agar Allah meredhai amalan yang dilakukan. Bukan pada nilaian pahala yang diganjarkan bakal menjamin seseorang masuk syurga, melainkan ianya seiring dengan redha dariNya. Kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

Tiga

Allah sudah menetapkan kehidupan hamba-hambaNya di muka bumi ini sejak azali lagi. Sebahagiannya merasai kehidupan mewah dan sederhana, manakala sebahagian yang lain menempuhi kehidupan serba kekurangan. Jika pada hari ini rezeki yang diperolehi lebih daripada mencukupi, janganlah sorok-sorokkan tangan kananmu daripada menghulur sedikit rezeki yang Allah pinjamkan kepada yang bernasib baik kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu ada perasaan harta yang ada makin berkurang sedangkan hakikat sebenarnya ialah harta itu milikNya jua. Kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

:D

Friday, June 23, 2006

lets be humble

Sebuah tazkirah tentang beberapa panduan daripada Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong. Aplikasikan ia bersama.. inshaAllah..

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

Thursday, June 22, 2006

today's lesson..


There was a not so heavy rain since afternoon. Musim hujan kebelakangan ni. Hujan rahmat. Turunnya membawa rezki buat hambaNya. Jadi kita xboleh kata xsuka kat hujan. Malaysia memang kaya ngan hujan. Syukur alhamdulillah.

Di sini, sekadar ingin memetik ayat suci Al-Quran buat renungan bersama..

"Dia yang menurunkan air dari langit (awan), kemudian Kami tumbuhkan dengan air itu bermacam-macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau, Kami keluarkan padanya biji-biji yang bersusun-susun; …
Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (keterangan) bagi kaum yang mahu beriman." (Al-An'aam : 99)

Talkin’ about rain, tears also rained down myself recently.. erm.. still in a lil’bit confusing situation rite now.. entah lar.. aku teruskan hidup sampai datangnya mati..

Sejak akhir2 ni, I’d realized something.. My iman turned down.. Iman yang pada asal nipisnya selapisan sel. Lebih nipis lagi dari kulit bawang. Kulit bawang tu pon kira tebal. But, mine?? Senipis lapisan sel haiwan without de cell wall. Bila xmampu menanggung capasity, anytime it would burst. Goyah. Leka dalam dunia sendiri. Aku pasrah ketentuan Dia yang menentukan hala tujuku. Setelah aku sedar yang aku perlu ubah nasib diri sendiri. Tuhan xakan ubah nasib kaum sehingga mereka melakukannya sendiri. Dan akhirnya Dia jua yang menentukan..

Aku rindu pada saat dekat dengan Dia. Dengar azan senang nak nangis. Terbayang Bilal menangis dalam azannya kerna terlalu sedih setelah pemergian Nabi. Nape sekarang ni susah?? Waktu matrik dlu, aku rasa. Mungkin environment waktu tu cukup meransang aku untuk berubah. Maybe dok matrik setahun je, so otak fully concentrated on study. Xkesah benda lain. So, nak ikhlaskan diri betul2 nak dapat ilmu Allah ni, aku sentiasa refer pada Dia. Masjid dekat plak tu. Kadang2 ngan Yati g masjid sama2. Bestnyer dpt berjemaah kat masjid. Kengkadang ajak Nad xpon Oden stay up kat masjid. Ngan air neslo pekat yang sedap tu.. Rindu waktu tu.. Bila Subuh baru balik bilik. Pastu qada plak tido kat bilik..hehe.. :)

Sekarang ni, benda yang lepas hanya tinggal untuk dikenang.. bukan untuk diingat..

Life must go on..

Nak story this morning, I had one trial session @ pre-driving test. Kecuakan tahap maksima. Definitely. Dan akhirnya benda tu dah lepas. So, rite now, prepare physically also mentally to face de test on 3rd of July. Tengok ar camner nanti. InshaAllah.

9th July ni inshaAllah balik Bangi semula. Check-in kat kolej. Sekejap je dah nak naik 2nd year. Umur aku pon dah nak 20 tahun. Banyak ke benda yang aku dah belajar?? Belajar jadi matang dalam menilai erti kehidupan sebenar??

Actually, as age being added as we go older, there's a lot of responsibilities waitin' for u. Cabaran dlm melaksanakan tanggungjawab perlu dihadapi dgn sabar. Moga dgn izinNya inshaAllah, hidup dunia ditempuhi dgn rahmatNya menuju akhirat yang pasti.. Wallahu'alam.

Saturday, June 03, 2006

iktibar buat kita

Assalamu'aleikum warahmatullah.

Peace be upon you and the mercy of Allah and His blessings..

Hari ini genaplah seminggu berlalunya peristiwa gempa bumi yang melanda saudara-saudara kita di Yogyakarta. Gempa berukuran 6.2 pada skala Richter yang berlaku kira-kira jam 5.54 pagi, 27 Mei lalu telah mengorbankan lebih 6000 nyawa. Seharusnya peristiwa ini menjadi iktibar buat kita semua.

Walaupun kita di Malaysia tidak merasai betapa perihnya penderitaan yang ditanggung saudara-saudara kita di sana, namun kita sebagai hambaNya yang berusaha menanamkan sifat taqwa dalam diri seharusnya menyedari hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi ini. Pasti rentetan peristiwa tsunami yang berlaku dahulu diingat kembali, kan. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kesedaran kita dengan peringatan-peringatan yang diturunkanNya.

"Katakanlah : Perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi. Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman." (Yunus : 101)

Buat saudara-saudara di Yogyakarta, semoga kalian tabah dan sabar dalam menempuhi ujianNya. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian di sana. InshaAllah, Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar.

Buat sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama membantu mereka. Jika tidak dengan tenaga keringat, sedikit sumbangan berbentuk material boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit. Namun, jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka agar sentiasa dalam keadaan tenang menghadapi hari-hari mendatang bagi meneruskan kelangsungan hidup. Moga Allah mengurniakan rahmatNya buat kita semua. Ameen..

Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi keburukan seorang muslim Allah akan menutupi keburukannya pada hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 28, 2006

solat itu tiang agama


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Dengan nama Allah saya mula bicara, moga dengan izinNya diberi idea menyusun kata.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi keranaNya.

Sudahkah sahabat menunaikan kewajipan solat pada waktu ini?

Jika belum mari kita solat dahulu.

Moga dengan post ini, saya berusaha berubah menjadi hambaNya yang lebih serius dalam beragama. Mudah2an apa yang ditulis mampu dipraktikkan oleh diriku, juga buat sahabat2.
Ya Allah, janganlah Kau bolak-balik hatiku setelah Kau beri hidayah itu..

Menyorot kembali sirah Rasulullah, sewaktu Isra’ dan Mikraj baginda diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa azab seksa bagi mereka yang melanggar perintah serta larangan Allah. Dan salah satunya buat mereka yang lalai dalam mengerjakan solat. Kepala mereka dihantuk sehingga terburai otak dan kemudian pulih semula dan kemudian dihantuk tanpa kesudahan. Mengerikan bukan? Cuba bayangkan ada orang accident and then kepala pecah dengan otak terburai, kita pun tak sanggup nak tengok kan? Tak pasal2 collapse kat situ gak. :)

Situasi ini sememangnya diperjelaskan oleh Allah melalui firmanNya;

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya." (Al-Ma'un : 4-5)

Tahu tak lalai menyempurnakan solat tu macam mana? Mereka masih bersolat, namun keutamaan menyempurnakan solat untuk memperoleh keredhaanNya tidak dipraktikkan. Mungkin diri tak ikhlas melakukannya. Dan tidak menyedari dengan sebenarnya bahawa solat itu merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

Solat kan tiang agama. Malah, amalan yang mula2 di check list kat akhirat nanti pun adalah solat kita. Jika solat kita baik, insyaAllah yang lain pun akan turut sama2 baik. Kerana solat mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Menyentuh pula tentang kualiti solat. Jangan ada unsur2 riak dalam melakukannya untuk memperlihatkan amalan kepada orang lain. Means beribadah bukan kerana Lillahi Taala.

Then, solat pada awal waktu. Maksudnya, tidak melewat2kan solat sehingga ke akhir waktu. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam 10 wasiatnya juga menyentuh tentang pelaksanaan solat di awal waktu. Jika mendengar azan menandakan masuknya waktu solat, berusahalah untuk meninggalkan pekerjaan yang sedang dilakukan buat sementara untuk menyahut seruan Ilahi.

"...Sesungguhnya solat itu diperlukan atas orang-orang mukmin pada waktunya." (An-Nisa' : 103)

Kita tak tahu bila kita mati kan. Jadi, seandainya ajal mendatangi, kita terlepas daripada dosa meninggalkan solat pada waktu itu.

Solat amat penting dalam agama dan sekali2 tak boleh diabaikan, hatta ketika dalam perjalanan, peperangan even waktu kita sakit, solat tetap menjadi kewajipan yang mesti dilaksanakan. Hikmahnya? Supaya kita senantiasa mengingatiNya tak kira waktu dan ketika, maka dengan itu kita akan takut melakukan maksiat. Nampak kan?

"Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)." (Al-Baqarah :152)

Maka dengan itu sahabat2, marilah kita menanamkan azam memperbaiki mutu solat kita kepadaNya. Tanamkan sifat ikhlas dalam diri kita dalam melakukan ibadah kepada Allah.

"Sesungguhnya Kami turunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya, maka sembahlah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya (jangan dipersekutukan dengan yang lainnya)." (Az-Zumar : 2)

Moga dengan keikhlasan dalam beribadah, diharapkan redhaNya sentiasa bersama kita.

Serta terhindar daripada godaan syaitan yang membawa cucu-cicit Adam ke neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

Sunday, May 21, 2006

ku cari damai abadi

Assalamu'alaikum warahmatullah.

In de name of ALLAH de Most Gracious de Most Merciful.
Selawat and salam to Prophet Muhammad PBUH, also his family and all Sahabat.

Moga kita semua berada di bawah lembayung rahmat dan redha Rabbi sentiasa. Dan moga kita berterusan menerima hidayah Allah sebagai petunjuk menyuluh laluan hidup dunia dalam mencari bekalan buat hidup akhirat.
Buat tatapan sahabat2 sekelian, di bawah ini sebuah sajak nukilan saya. Sebenarnya saya tak pandai berbahasa. Agak kurang menjiwai seni. Tapi cuba jugak mencetuskan idea nak menulis setelah sedikit ilham menjelma dalam ruang kepala. Bukankah ia salah satu medium menyalurkan perasaan agar dapat diluahkan? :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadirku ke dunia ini
Tertulis sudah sejak azali
Kejadianku sememangnya tidak sia-sia
Jelas terbukti melalui firmanNya

Di bahuku tergalas amanah dariMu Rabbi
Lahirku sebagai khalifah pemakmur bumi
Lahirku sebagai hamba hina menagih simpati
Ku damba redha cintaMu, Tuhanku
Menyelusuri ranjau dugaan berliku
Mampukah aku?

Aku mencari-cari
Agar sinar nur hidayah itu kembali
Di manakah kau?

Aku masih mencari-cari
Kebahagiaan hakiki nan abadi
Berikan aku ketenangan jiwa dengan izinMu, Tuhanku
Pasakkan keyakinan sepenuh hatiku pada kuasaMu, Tuhanku

Di persimpangan perjalanan berliku ini
Hadirmu walau secebis
Cukup buat aku menafsir diri
Mengatur langkah mendekatkan diri padaMu Rabbi

Tuhanku.. Tetapkanlah ia dalam kalbuku
Biar ia terbenam di situ
Buat selama-lamanya dengan izinMu
Hanya padaMu ku abdi diri
Jua padaMu ku tagih simpati

Ya Allah Ya Tuhan kami
Berikanlah kami rahmat dari sisiMu
Dan siapkanlah untuk kami keadaan yang baik dalam urusan kami

Permudahkanlah usahaku ini
Biar diriku terus mencari
Moga akhirnya ku temui damai abadi..


Moga diriku beroleh petunjuk sepanjang masa, juga buat sahabat2ku ---> for a journey to the end ---> ?
"Di hari itu (hari kita meninggal dunia) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy-Syuaraa : 88-89)

Monday, May 15, 2006

sejenak mengingat..


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat." (Al-Insaan : 2)

Assalamu'alaikum warahmatullah.
Di kesempatan pertemuan ini, ingin saya mengajak sahabat2 agar kita semua bersatu dalam perjuangan menegakkan syiar agama ISLAM yang mulia ini di muka bumiNya. Jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah, di samping mengabdikan diri kepadaNya demi memperoleh redhaNya semata. Itulah tujuan sebenar kita hidup di dunia. So, be realise on that !!

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Adz-Dzaariyyaat : 56)

Dunia hanyalah persinggahan sementara untuk menguji keimanan hamba2Nya.

"Dunia adalah penjara orang beriman dan syurga orang kafir." (Riwayat Muslim, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Oleh itu, persediaan ke akhirat yang sememangnya kekal lagi abadi amatlah perlu. Saya mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi keranaNya sekelian. Bermuhasabahlah sebentar dan tafsirlah diri sahabat2 sekelian. Kita ni sebenarnya berada di mana? Entah di kalangan hambaNya yang diberi nikmat lalu bersyukur ataupun di kalangan mereka yang dimurkaiNya lagi sesat?? Sama2 perbaiki diri ye..

Tegurlah sesama kita jika ada yang terlanjur melakukan kemaksiatan yang menyebabkan dosa lalu bakal mengundang kemurkaan Allah. Bagus sedar sekarang daripada tak sedar langsung kan. Better late than never.. Pintu taubatNya sentiasa terbuka luas buat hamba2Nya. Dan seharusnya kita belia di zaman arus modenisasi, aplikasikanlah teknologi semasa sebagai saluran untuk menginterpretasikan buah fikiran anda dalam berdakwah. Maka seterusnya diharap lahirlah generasi ummat Nabi Muhammad yang cemerlang duniawi wa ukhrawi. So, let's pray for the success of our ummah!! :)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (agamaNya), nescaya Dia menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu." (Muhammad saw : 7)